Mommy Pantang Empat Perkara... Jeng jeng jeng! (Part 1)

Salam semua,

Hari ini mommy nak cerita bab pantang. Bukan pantang lepas bersalin and bukan pantang makanan. Tapi pantang ini.....


Sape tak kenal benda nih?? Mesti semua orang kenalkan?? Inilah buaian aka endoi. Jadi, benda pertama yang mommy pantang adalah BUAIAN aka ENDOI.

Mommy memang pantang buaian nih sebab mommy dah niat dari masa preggie lagi yang mommy takmau ajar anak tidur dalam buaian. Tapi memang dugaan jugalah masa awal-awal dulu sebab sejak Aushaf Iman lepas pantang sampai 4 bulan mesti dia menangis teruk sebelum tidur. So MIL and FIL dok suruh letak dalam buai tapi mommy tegaskan jugak pendirian takmo letak dalam buai. Bagi mommy dah lumrah budak2 menangis, so kita belai la sket n tepuk-tepuk bila die nak tidur. Baca selawat and zikir banyak2 sambil dodoi anak. Alhamdulillah lena jugak anak akhirnya. Cuma kita jela penat sket. Takpa InsyaAllah akan berbaloi nanti.

Tapi, betul ke baby suka tidur berendoi? Dulu masa mommy kerja part time jadi babysitter di childcare Brisbane, Australia tak nampak satu buai pon babysiters pakai untuk tidurkan baby-baby omputeh. Senang je baby tu tidur, bagi susu botol, tepuk-tepuk sket terus lena dalam baby cot masing-masing. Kedai-kedai baby kat sana satu buai pon tak jual. Kiranya orang melayu je kot yang pakai buai nih. Kenapa? Sebab mak ayah dah ajar tidur buai sejak dalam pantang lagi.huuu.. Bagi mommy, baby nih tak tau apa kalau kita tak ajar. Betul tak? Mommy pantang jugak bila orang kata letak anak dalam buai senang skit kalau nak buat kerja. Mommy tak salahkan jugak pendapat tu, mungkin bagi ibu yang ada anak ramai memang dugaan jugak. Satu kerja pon takleh buat kalau anak asyik nak berkepit dengan ibu je.Mungkin mommy ni baru anak satu jadi lain skit cabaran berbanding ibu-ibu yang dah ramai anak. Tapi mommy fikir apa salahnya tepuk-tepuk anak, belai-belai anak sampai tidur sebab sah besar nanti anak-anak pon takmo kita godek-godek sangat dia. Betul tak? Masa baby nih je la kalau kita nak belai-belai pon.InsyaAllah untuk anak-nak akan datang mommy akan cuba usaha untuk tidak menggunakan buaian jugak.

Satu lagi, orang kata anak tidur lena sket kalau dalam buaian. Yang ini mommy tak percaya, Baby kalau perut kenyang, nappy tak basah, senyap sunyi keadaan mesti boleh tidur lama. Aushaf Iman ok je tak tidur dalam buaian ,tidur lama kat bawah dalam 2 ke 3 jam. Cukup time bangun nak susu.heee.. kalau asyik tangguk buai sebab nak anak tidur lama  4 ke 5 jam tu tak elok jugak sebab kesian anak tak dapat cukup susu.huuu..

Mommy pun ada baca pasal keburukan guna buai nih, jadi mommy nak pilih jalan selamat untuk tidak menggunakan buai. Tambahan pula sesetengah baby yang biasa tidur berendoi nih mesti susah kalau nak tidur tanpa buai. Masa bawak Aushaf Iman g monthly check up di klinik ramai gak baby yang dok teriak nak tidur. Ibunya kata die nak tidur berendoi. Dalam hati mommy kata lagi susah kalau guna buai, nak pegi mana2 pon takbleh. Dah lah mommy nih orang kelate, jenuh lah kalau aushaf Iman meraung dalam keta sebab nak tidur dalam endoi.

Atas weigh scale pon bulih lena.hehe..
Alhamdulillah, Aushaf Iman pon dah lapan bulan sekarang dan mommy berjaya untuk tidak menggunakan buaian. Sejak dia 4 bulan aushaf Iman dah boleh tidur ngan baik sekali. Bagi susu terus lena, kadang2 cuma tepuk atau gosok belakang bagi die selasa terus die lena tapi kadang-kadang tengok-tengok dah lena, tak sempat nak bagi susu and dodoi.hehe.. Baiknya anak mommy sekarang dah takde masalah nak tidur. Tapi yang kelakarnya sebab dia dah biasa tidur dalam keadaan freestyle, dia takmo pon kalau mommy peluk dia bila die tidur. Kena letak die kat bawah baru die lena sebab die nak cari posisi yang selesa utk tidur. Kalau dalam keta pon mommy letak dia kat dalam car seat sbb die bukan suka kena peluk-peluk bila dia tidur.hehe.. Hero kot! =p

Later in my next entry, mommy akan cerita 3 lagi benda yang mommy pantang. Sekarang nak pump susu dulu. =)

1 comment:

  1. Motherhood.com.my carries multiple types buy breast pump of breast pumps that are made to ease your motherhood journey.

    Visit Now - http://www.motherhood.com.my/breast-pump/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...