Medela VS Avent

Assalamualaikum semua,

Mommy nak tanya ibu-ibu menyusu kat luar sana camna ibu-ibu pilih breastpump yang sesuai? Adakah based on brands, performances or prices? Kalau based on brand mommy rasa Medela or Avent yang paling popular dalam dunia breastfeeding mommies kan kan? Kalau based on performances which one is better? Medela or Avent? Selagi tak guna takkan tau. Betol x? And one more thing kalau nak compare betol-betol kena guna dua2 brands sekalilah.hiii.. Jenuh plak nak menabungkan.hihu.. Lastly kalau based on prices, both brands have almost the same price depending on their features right?

Jadi yang mana pilihan ibu-ibu or bakal-bakal ibu kat luar sana??!

Mommy dulu masa pregnant memang sampai rambang mata buat research online on every breastpump. Baca review sana sini, baca forum sana sini, baca komen sana sini, semuanya pasal breastpump yang bagus. Apa yang mommy dapat simpulkan it's all about your PREFERENCES atau minat kita. Before pregnant mommy memang dok berkenan dengan Avent breastpump Avent Electric Double Pump or  Avent IQ ISIS Duo Breastpup , mmg jadi top of the list dalam list 'Things to buy before delivering baby', then alih-alih berkenan plak kat medela breastpump because jatuh cinta kat Medela Freestyle punya handsfree equipment. Kononnya untuk memudahkan proses mengepam susu walaupon sibuk dengan kerja lain. Akhirnya beli juga Medela Freestyle walaupon dalam hati still tertanya-tanya macamana keadaannya kalau guna Avent Double Pump.

Walau pon  mommy tak dapat nak guna Avent Double Pump merasa juga Mommy merasa Avent Manual Breastpump (tu pon nasib baik taukey sponsor, merasa jugak mommy =P). But both pumps have different capabilities so kalau nak compare macam tak adil. Macam kita compare burung pipit dengan burung enggan.hehe..

Kadang-kadang mommy mati kutu bila ada ibu-ibu or bakal-bakal ibu especially tanya breastpump mana yang bagus. Medela atau Avent.?Mommy pon taktau nak respon macamana. Bagi pendapat mommy, again it's all about your preferences. Breastpump yang dicari tu mesti memenuhi ciri 3K nih.

1... KEPERLUAN
---> Adakah anda ingin pam susu sekadar untuk mengeluarkan susu untuk mengelakkan bengkak breast or untuk stock up susu? Perlu guna yang single pump or double pump ke? Perlu guna manual pump or electric pump ke? So everyrhing is based on your lifestyle. Kadang-kadang ibu-ibu berkerjaya yang busy bekerja mesti nak pump yang portable (mudah di bawa ke sana sini), jimatkan masa (contohnya, pump 15 minit pon dah dapat 10oz). Berlainan pula dengan ibu yang tidak bekerja, mungkin kerana anak dapat direct feeding selalu pump hanya diperlukan untuk sustain or maintain milk production. Bagi ibu yang selalu direct feeding pon memang digalakkan untuk pump untuk kosongkan breast supaya susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

2... KEMAMPUAN
---> Kemampuan dari segi harga. Contohnya, beli pump yang mampu dimiliki, tapi mommy advise kepada bakal-bakal ibu, kalau betul-betul determine untuk exclusively breastfeed baby kena buat persediaan awal iaitu menabung.. jadi dapatlah pump yang diminati. Betul tak? =)

Finally based on

3... KEYAKINAN
---> Keyakinan pada pump yang dibeli dan yang ingin dibeli. Lepas dah buat research berbulan-bulan, kita kena yakin dengan breastpump pilihan kita dan yakin dengan keputusan kita untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak kita. Betul tak? Kena layan pump baik-baik nanti pump pon taknak bekerja keras pam susu untuk kita.he he he =P

Mommy's back to school!!

Hi all,

Lamanya mommy peram entry nih. Takdan nak menulis. Baru je nak berjinak2 dengan blog tetiba dah kena masuk keje. Actually mommy dah masuk keje tiga minggu yang lalu. nak masuk keje lepas maternity leave punya la dugaan. so kali nih mommy nak cerite apa jadi masa kena masuk keje dgn keadaan terkejut tergempaq bak kata org kedah (byk blaja bhs kedah coz hubby org kedah.hihi..)

Before that, meh mommy intro diri dulu, mommy nih keje cikgu. jadi ade la kena mengena dgn tajuk entry kat atas tu. org pggl teacher ain coz mengajar English. tapi mommy opsyen BI pon. tapi mommy nih takde la sefemes cikgu shida walaupon mommy nih tecer. Tak reti nak miming2 lagu cam tecer shida.ngeee~ ok stop merapu!

Masa cuti bersalin harituh, to be exact masa cuti skolah bulan 6 arituh punya la lepak-lepak hidup mcm fulltime housewife n fulltime mommy. tetiba je kerani skol tepon suh masuk keje. Memang terkejut tergempaq la mommy n hubby coz ktorg ingat ke mommy cuti tiga bulan. kalu kena masuk skol pas cuti skolah kiranya mommy punya cuti bersalin cuma dua bulan. Call la GB PK1 n kerani2 nak comfirm kan pasal cuti mommy. tapi nasib tak menyebelahi mommy sbb ada miscommunication pasal cuti mommy. Takpela mommy redha je la sbb sedikit sebanyak salah mommy jugak sbb tak follow up dengan skol masa pas bersalin arituh. mati2 ingat skol proses cuti mommy 3 bulan. So the GB said, by hook or by crook I have to g back to school after the school break.hihu.. Tapi mommy rasa tak seronok utk memulakan keje dgn keadaan terkejut macam tuh sbb banyak benda tak setel...

First....
Oleh sebab mommy lepak-lepak sebab ingatkan cuti tiga bulan menyebabkan mommy tak cari lagi pengasuh untuk Aushaf Iman. Plan nak cari pengasuh sebulan sebelum start keje balik, tapi disebabkan kena panggil keje awal, pengasuh entah kemana. Tuhan sajalah yang tau betapa risaunya hati ini nak tinggalkan anak tanpa pengasuh. Terkalutkalut cari pengasuh dalam masa tiga hari. Nursery yang dekat dgn rumah dah penuh. Orang-orang yang mengasuh dekat2 rumah pon dah cukup kuata. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan juga urusan. Kebetulan adik mommy yang belajar staffnurse tengah cuti semesta, so mommy minta dia datang perlis mengasuh anak sedara die. Lama tak lama dua minggu juga die mengasuh sebelum mommy jumpa pengasuh yang skarang nih.heee..

Second...
Oleh sebab mommy lepak-lepak sebab ingatkan cuti tiga bulan menyebabkan mommy tak sempat nak stock up EBM untuk Aushaf Iman. Plan nak start stock up EBM sebulan sebelum masuk keje. So, mommy punyalah risau takut tak sempat nak buat stok EBM utk ditinggalkan masa mommy g skol. Tapi alhamdulillah, minggu pertama mommy g skol mommy berjaya buat stok EBM sebanyak 30 botol. Setiap hari mommy pump susu tiga kali, lepas balik skolah, sebelum tido n bangun dari tido. Yang bestnye mommy berjaya perah susu sebanyak 15 oz dalam masuk 15 minut setiap hari selepas balik skolah. Tu pon sebab mommy guna MEDELA FREESTYLE. Dalam masa pantang arituh mommy guna pureen sbb nak guna urgent coz breast membengkak, hasilnya tak berapa banyak pastu sakit plak.huhu..Then nak masuk keje arituh insist jugak kat hubby nak pakai Medela Freestyle. Alhamdulillah, pelaburan mmg berbaloi sebab dapat susu banyak dalam masa yang sekejap dengan bantuan double pumping. Dan yang penting tak menyakitkan dan dapat hasil susu yang banyak. Memang tak menyesallah.hii..


Medela Frestyle kesayangan yang banyak berjasa!

                                      dapat stok up dalam masa seminggu mommy berkerja.hihi..



Third...
Oleh sebab mommy lepak-lepak sebab ingatkan cuti tiga bulan menyebabkan mommy tak puas lagi cuti lama-lama jaga baby kat rumah. Hehehe.. Tapi serius, mommy memang tak bersedia nak balik berkerja semula. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan baby walaupon sekejap.huhu..

Ok, sampai sini dulu entry untuk kali ini. mommy akan cuba menulis dan menulis. Hanya masa akan menentukan (dapat menulis nih pon sebab si Aushaf Iman tidur dari tadi lg.). Adios!!

Harga Medela Freestyle 2011

Salam All,

Hari ni Mommy nak kongsi skit tentang harga medela freestyle di susuibu2u. Ramai customer bertanya kat Mommy, kenape harga medela freestyle di susuibu2u berubah - ubah. Harga medela freestyle jadi mcm tu disebabkan beberapa faktor seperti harga supplier, tax kastam dan nilai  currency yang sentiasa berubah - ubah. Contohnya bila nilai currency meningkat, cukai pon akan meningkat. Mommy order medela freestyle ni tiap - tiap minggu, jadi kos Mommy untuk order medela freestyle pon berubah - ubah dari masa ke samasa. Setakat ni perubahan harga medela freestyle di susuibu2u tidak lebih daripada RM50. Mommy  berharap dapat memberikan harga yang terbaik kepada semua pelanggan. Sokongan daripada semua pelanggan Mommy amat Mommy hargai.


Kepada pelanggan yang ingin membeli Medela Freestyle boleh klik di sini .

Medela Freestyle Murah

Harga Pasaran: RM 2300

3 months warranty (motor only) + 1 month warranty for other part 
Harga Kami: RM 1450 + RM 30 (Shipping Cost)

1 year warranty (motor only) + 3 months warranty for other part
Harga Kami: RM 1600 + RM 30 (Shipping Cost)


Kini Medela Freestyle Breast Pump dengan harga yang murah boleh didapati di blog susuibu2u.blogspot.com . Jika anda berminat sila hubungi kami melalui email: susuibu2u@gmail.com atau telefon kami : 016 - 4114421 (ain) & 013-4884421 (yusri) . Anda juga boleh tinggalkan sebarang pertanyaan atau komen di bawah entry ini.

Inspired by pumping moms… freedom is born.
Freestyle® Breastpump
Model: 67060

FEATURES AND BENEFITS
  1. Daily use · double pump · electric
  2. True pumping mobility with hands-free option.
  3. Rechargeable battery and ultra-lightweight motor. Optional 12V vehicle lighter adapter available.
  4. Easy interaction with digital display, memory, timer and backlight.
  5. More milk in less time with 2-Phase Expression® technology when pumping at Maximum Comfort Vacuum™.
  6. Everything mom needs in a convenient bag - perfect for active moms.
  7. Use hands-free with most top-flap nursing bras including Medela nursing bras and camisoles.
  8. Double pumping kit features SoftFit™ breastshields for massaging comfort.
  9. IMPORTANT: This product is a single user item. Use by more than one user may pose a health risk, performance questions, and voids the warranty.
  10. Chosen for you and your baby - All parts that come into contact with breastmilk are BPA/DEHP Free.
WHAT’S INCLUDED
  • Attractive tote bag
  • 2 replacement bra adapters - universal
  • 2 replacement bra adapters - hook & eye
  • Support belt & extension
  • 2- Personal breastshields M Size
  • 2- Personal breastshields L Size
  • 2 breastshield bodies; 2 membranes; 2 back caps
  • 1 set of tubing
  • 4 - 5 oz breastmilk bottles, lids & travel cap
  • Wide base slow flow nipple
  • Rechargeable lithium-ion battery
  • Power cord & charger
  • Contoured ice pack
  • Removable cooler carrier
  • Instructions & quick start card
  • Breastfeeding Information Guide
Warranty

1 Year warranty for motor ONLY. 3 months for other part (charger and battery). Warranty will not be issued for the damage caused by user.




Terms and Conditions
1. Payment should be received before 11.00 p.m. to ensure your order will be posted via poslaju on the next working day.
2. 1 Year warranty for motor ONLY and 3 months warranty for other parts (Effective from 21 July 2013). Warranty will not be issued for the damage caused by user.
3. Warranty is from susuibu2u.blogspot.com. The cost of postage for warranty claim is paid by the buyers (including the cost of postage from susuibu2u.blogspot.com to the buyers).
4. Payment can be done through Maybank, CIMB, BIMB and credit card. Please contact us for bank account detail.
5. Please click BUY NOW button above to purchase using credit card/paypal. 5% processing fee will be charged from the total of price and postage if the payment made via credit card.

Tips Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
Sumber: http://portal.alamhamil.com

Cara Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan



Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber dari : http://www.momschoice.com.my

Menyusu Badan Membuat Kanak-kanak Lebih Cerdik



Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.


Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.

“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.

Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.

Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.

Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.

Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.

Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.

Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.
Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.

Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.

“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.

“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.

Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawab terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.

sumber: http://portal.alamhamil.com

6 Kelebihan Penyusuan Air Susu Ibu Kepada Bayi




            Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.
         Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.
1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.
2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.
3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.
4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.
5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.
Maka apa yang perlu anda lakukan?
               Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.

Sumber: http://psipum.org 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...