Mommy's back to school!!

Hi all,

Lamanya mommy peram entry nih. Takdan nak menulis. Baru je nak berjinak2 dengan blog tetiba dah kena masuk keje. Actually mommy dah masuk keje tiga minggu yang lalu. nak masuk keje lepas maternity leave punya la dugaan. so kali nih mommy nak cerite apa jadi masa kena masuk keje dgn keadaan terkejut tergempaq bak kata org kedah (byk blaja bhs kedah coz hubby org kedah.hihi..)

Before that, meh mommy intro diri dulu, mommy nih keje cikgu. jadi ade la kena mengena dgn tajuk entry kat atas tu. org pggl teacher ain coz mengajar English. tapi mommy opsyen BI pon. tapi mommy nih takde la sefemes cikgu shida walaupon mommy nih tecer. Tak reti nak miming2 lagu cam tecer shida.ngeee~ ok stop merapu!

Masa cuti bersalin harituh, to be exact masa cuti skolah bulan 6 arituh punya la lepak-lepak hidup mcm fulltime housewife n fulltime mommy. tetiba je kerani skol tepon suh masuk keje. Memang terkejut tergempaq la mommy n hubby coz ktorg ingat ke mommy cuti tiga bulan. kalu kena masuk skol pas cuti skolah kiranya mommy punya cuti bersalin cuma dua bulan. Call la GB PK1 n kerani2 nak comfirm kan pasal cuti mommy. tapi nasib tak menyebelahi mommy sbb ada miscommunication pasal cuti mommy. Takpela mommy redha je la sbb sedikit sebanyak salah mommy jugak sbb tak follow up dengan skol masa pas bersalin arituh. mati2 ingat skol proses cuti mommy 3 bulan. So the GB said, by hook or by crook I have to g back to school after the school break.hihu.. Tapi mommy rasa tak seronok utk memulakan keje dgn keadaan terkejut macam tuh sbb banyak benda tak setel...

First....
Oleh sebab mommy lepak-lepak sebab ingatkan cuti tiga bulan menyebabkan mommy tak cari lagi pengasuh untuk Aushaf Iman. Plan nak cari pengasuh sebulan sebelum start keje balik, tapi disebabkan kena panggil keje awal, pengasuh entah kemana. Tuhan sajalah yang tau betapa risaunya hati ini nak tinggalkan anak tanpa pengasuh. Terkalutkalut cari pengasuh dalam masa tiga hari. Nursery yang dekat dgn rumah dah penuh. Orang-orang yang mengasuh dekat2 rumah pon dah cukup kuata. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan juga urusan. Kebetulan adik mommy yang belajar staffnurse tengah cuti semesta, so mommy minta dia datang perlis mengasuh anak sedara die. Lama tak lama dua minggu juga die mengasuh sebelum mommy jumpa pengasuh yang skarang nih.heee..

Second...
Oleh sebab mommy lepak-lepak sebab ingatkan cuti tiga bulan menyebabkan mommy tak sempat nak stock up EBM untuk Aushaf Iman. Plan nak start stock up EBM sebulan sebelum masuk keje. So, mommy punyalah risau takut tak sempat nak buat stok EBM utk ditinggalkan masa mommy g skol. Tapi alhamdulillah, minggu pertama mommy g skol mommy berjaya buat stok EBM sebanyak 30 botol. Setiap hari mommy pump susu tiga kali, lepas balik skolah, sebelum tido n bangun dari tido. Yang bestnye mommy berjaya perah susu sebanyak 15 oz dalam masuk 15 minut setiap hari selepas balik skolah. Tu pon sebab mommy guna MEDELA FREESTYLE. Dalam masa pantang arituh mommy guna pureen sbb nak guna urgent coz breast membengkak, hasilnya tak berapa banyak pastu sakit plak.huhu..Then nak masuk keje arituh insist jugak kat hubby nak pakai Medela Freestyle. Alhamdulillah, pelaburan mmg berbaloi sebab dapat susu banyak dalam masa yang sekejap dengan bantuan double pumping. Dan yang penting tak menyakitkan dan dapat hasil susu yang banyak. Memang tak menyesallah.hii..


Medela Frestyle kesayangan yang banyak berjasa!

                                      dapat stok up dalam masa seminggu mommy berkerja.hihi..



Third...
Oleh sebab mommy lepak-lepak sebab ingatkan cuti tiga bulan menyebabkan mommy tak puas lagi cuti lama-lama jaga baby kat rumah. Hehehe.. Tapi serius, mommy memang tak bersedia nak balik berkerja semula. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan baby walaupon sekejap.huhu..

Ok, sampai sini dulu entry untuk kali ini. mommy akan cuba menulis dan menulis. Hanya masa akan menentukan (dapat menulis nih pon sebab si Aushaf Iman tidur dari tadi lg.). Adios!!

Harga Medela Freestyle 2011

Salam All,

Hari ni Mommy nak kongsi skit tentang harga medela freestyle di susuibu2u. Ramai customer bertanya kat Mommy, kenape harga medela freestyle di susuibu2u berubah - ubah. Harga medela freestyle jadi mcm tu disebabkan beberapa faktor seperti harga supplier, tax kastam dan nilai  currency yang sentiasa berubah - ubah. Contohnya bila nilai currency meningkat, cukai pon akan meningkat. Mommy order medela freestyle ni tiap - tiap minggu, jadi kos Mommy untuk order medela freestyle pon berubah - ubah dari masa ke samasa. Setakat ni perubahan harga medela freestyle di susuibu2u tidak lebih daripada RM50. Mommy  berharap dapat memberikan harga yang terbaik kepada semua pelanggan. Sokongan daripada semua pelanggan Mommy amat Mommy hargai.


Kepada pelanggan yang ingin membeli Medela Freestyle boleh klik di sini .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...