Medela Freestyle Breast Pump - Parts Review

assalamualaikum mommies,

Masak apa tengahari nih? Musim cuti sekolah ini boleh lah mommy masak for lunch. Kalau tak mommy beli or kadang-kadang tak makan. tunggu masak n makan for dinner. Jangan ikut ye, sebab nnt tak cukup nutrian untuk nak produce susu.Bukannya boleh kurus kalau tak makan, kalau breastfeed lagi kurus adalah.hehe..mommy pon tak masak lagi nih, baru je nak masak tetiba terrajin plak nak update blog. Okay berbalik kepada tajuk entry hari ini mommy nak kenalkan mommies kepada Medela Freestyle plak. Kelmarin mommy dah kenalkan Avent Twin Electric Breastpump. Jadi hari ini giliran peminat-peminat Medela Breastpump pula.

1. Medela motor pump ini kita panggil compact pump. Di motor ni kita boleh control suction dengan menekan simbol - atau simbol +.

**Sebelum itu, mommy nak jelaskan dengan panjang lebar pasal 2-Phase Expression Technology  yang ada pada medela freestyle dan breastpump2 lain dr medela. 2-Phase Expression technology adalah untuk stimulation dan expression seperti me-mimic baby suction. Kalau Ibu yang menyusu mesti tau dan bagi ibu yang belum penah menyusu mesti pening pala sbb tatau cara baby hisap puting. Macam nih, kalau baby yang breastfeed , mula2 baby akan hisap puting dengan rhytm yang laju untuk stimulate breast bagi mengeluarkan susu. Bila susu dah keluar baby hanya akan hisap dengan rthym yang lambat2 untuk menegeluarkan susu sepenuhnya dari breast. Dan pada masa ni ibu-ibu akan mendengar bunyi tegukkan dari tekak baby. Ini menunjukkan baby mendapat susu yang banyak. Jadi dengan adanya 2-Phase Expression technology, pump akan stimulate dengan laju dahulu dalam 2 minit pertama dan selepas itu secara automatik akan mengexpress susu dengan rythm yang lambat2. Kita boleh control stimulation dan expression dengan menekan simbol - atau + untuk ke level yang selesa. Semasa pump tgh express kita boleh pergi balik ke stimulation dengan menekan butang letdown (gmbr susu menitik tu). Faham ke mommies. Maaflah kalau penjelasan saya ini tak berapa jelas. :D

Ok kita sambung kenal part-part lain pulak...


2. Ini ialah Breastshield spare part yang ada Connector Body, Membrane, dan Back Cap. Double Pump Breastshield spare part ini kita kan attach dengan tubing pada lubang di Back Cap. Selepas mencuci Back Cap kita kena pastikan lubang tubing pada back cap ini betu-betul kering sebab masa nak pump nnt air akan tersedut ke dalam transparent tubing dan akan sampai ke motor.

3.Transparent Tubing ini untuk disambung pada Compact Pump dan Breastshield spare part.


4. Dalam packaging baru Medela Freestyle ni kita akan dapat PersonalFit Breastshileds dan bukan lagi SoftFit Breastshields. Yang bestnya kita akan dapat dua saiz PersonalFit Breastshields iaitu size M (24mm) dan size L (27mm). So boleh fit diffrent breast size lah.


5. For this set, you will get 4 BPA-free Breastmilk bottle with lids, one slow flow wide base nipple and travelling cap for feeding or storage. Dah jimat dah dapat 4 bottle. :)


6. Ini pula Contoured Ice Pack yang boleh last up to 12 hours. So kalau mommies balik dari opis pon still sejuk lagi ice pack ni. =)Ice pack ini dalam bentuk gel dan insyaAllah takkan leaking sebab luaran dia adalah plastik bukannya bag plastik. =) 


7. kalau dah dapat Contoured Ice Pack mestilah dapat Removable Cooler Bag jugak. Memang untung sangat-sangat sebab takyah beli set cooler bag yang baru.hehe.. Cooler bag ini hanya boleh memuatkan 4 Breastmilk Bottle dan Contoured Ice Pack.

8. Ini ialah Hands-free Kit handsfree straps yang ada top and bottom straps. Ianya dilekatkan pada bra, jadi untuk lekatkan pada bra kita perlukan Bra adapters hook and Eyes serta bra adapters universal.

9. Support Belt and Extension ini kita gunakan bersama handsfree Kit. It is adjustable waist belt to clip freestyle into for mobility. 


10. Gambar kiri ialah power cord atau charger yang mempunyai 240 volt dan sesuai digunakan di Malaysia. Gambar belah kanan pula adalah Rechargeable Lithium -ion Battery which can lasts up to 3 hours. So kalau mommies mengepam susu di opis sebanyak tiga kali dan setiap sesi penegpaman tu hanya ambil masa 15 minit. Jadi rechargeable bateri ini cukup untuk seminggu. Jadi on weekend jangan lupa charge pulak. dalm kereta pon boleh guna rechargeable bateri ini kalau mommies takde car adapter.


11. Dalam set baru ni juga di beri Storage Labelling Lids untuk track dan label EBM. Lid ini ada  track-and-lock lids untuk menanda hari dalam seminggu dan masa  am or pm. kalau nak banyak kena beli lebih. =)



11. Akhir sekali kita akan dapat Atttractive Tote Bag bersama-sama dengan segala macam Medela Parts yang kat atas tuh =) Memang boleh ganti handbag tau!

Jadi mommies berkenan tak dengan Medela Freestyle? Kalau tak berkenan lagi kena jumpa dulu baru berkenan kot. Tak kenal maka tak cinta. Tak Jumpa lagi tak cinta. =P Okay mommy nak p masak dah. babai..

2 comments:

  1. assalamualaikum...nk tanya yg storage labelling lid ade berapa dlm satu pack? klw nk beli itu je, berapa rm?

    ReplyDelete
  2. nak tya, mna leh dpt ice pack cm tu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...