Tips Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
Sumber: http://portal.alamhamil.com

Cara Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan



Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber dari : http://www.momschoice.com.my

Menyusu Badan Membuat Kanak-kanak Lebih Cerdik



Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.


Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.

“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.

Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.

Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.

Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.

Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.

Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.

Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.
Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.

Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.

“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.

“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.

Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawab terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.

sumber: http://portal.alamhamil.com

6 Kelebihan Penyusuan Air Susu Ibu Kepada Bayi




            Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.
         Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.
1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.
2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.
3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.
4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.
5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.
Maka apa yang perlu anda lakukan?
               Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.

Sumber: http://psipum.org 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...